BM | EN | 中文

JOHOR SASAR TABIKA PERPADUAN PILIHAN PERTAMA IBU BAPA

dr-s-ramakrishnan.jpg

Gambar Fail

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 29 NOV: Kerajaan Johor meletakkan sasaran untuk menjadikan Tabika Perpaduan sebagai pilihan nombor satu ibu bapa di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr S Ramakrishnan berkata pelbagai inisiatif kerajaan, khususnya melalui Tabika Perpaduan ke arah melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik dan perpaduan yang jitu.

Menurut Ramakrishnan pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan kualiti prasarana dan keceriaan di kelas-kelas Tabika Perpaduan di negeri Johor.

Advertisement

“Dengan penyediaan persekitaraan yang kondusif ini, saya yakin dan percaya akan dapat menarik lebih ramai ibu bapa khususnya daripada kaum-kaum lain untuk menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan,

“Objektif utama penubuhan Tabika Perpaduan untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur antara 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat dan sebagai persediaan ke alam persekolahan kelak.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan mesti dipupuk bermula daripada kanak-kanak lagi dan tabika atau tadika adalah merupakan tapak semaian yang paling penting,” kata Ramakrishnan.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan (Belanjawan 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 14 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Tambah Ramakrishnan, memang menjadi keutamaan kerajaan sejak sekian lama untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak berbilang kaum di Tabika Perpaduan.

“Ini kerana Tabika Perpaduan memberi fokus untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan di peringkat kanak-kanak, dan diharapkan mereka akan menjadi generasi berkualiti untuk memangkinkan kecemerlangan negara,” kata Ramakrishnan, yang juga Adun Bekok.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, beberapa inisiatif diambil untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan Tabika Perpaduan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik.

Justeru itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanuyak RM1 juta bagi kerja penambahbaikan, di samping mempromosikan Tabika Perpaduan kepada masyarakat berbilang kaum.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top