BM | EN | 中文

Johor sasar RM1 bilion pelaburan petrokimia, perkilangan dari Hong Kong

IMG-20200125-WA0046.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 26 JAN: Kerajaan negeri merancang untuk mengadakan misi perdagangan ke Hong Kong dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) pada hujung Februari ini bagi menarik pelaburan dari negara tersebut.

Exco Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya menganggarkan pelaburan dalam sektor petrokimia dan perkilangan sehingga RM1 bilion.

“Saya akan pergi bersama JCorp dan kita akan mengadakan mesyuarat bersama tiga atau empat syarikat. Kita yakin akan dapat menikmati hasil daripada lawatan tersebut.

Advertisement

“Kalau semuanya berjalan lancar kita akan dapat tarik pelabur daripada beberapa syarikat yang dijangka melepasi RM1 bilion. Itu sasaran kita,” katanya kepada wartawan selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kediamannya, di Senibong Cove disini, semalam.

Tambah beliau, antara faktor yang menarik pelabur Hong Kong untuk datang ke Johor antaranya berpunca dari keadaan politik dan ekonomi di negara itu.

“Sebelum ada wabak (virus) Wuhan ini pun memang kita sudah perhatikan perkembangan politik dan ekonomi di Hong Kong. Kalau dahulu mereka merasakan isu politik boleh selesai dalam masa yang panjang.

Advertisement

“Tapi nampaknya mereka sudah rasakan yang ia tidak mungkin boleh selesai dalam jangka masa yang pendek,” ujarnya.

ADUN Bukit Batu itu turut menjelaskan, dalam masa yang sama pelabur akan membuat kajian lapangan, melihat potensi dan lokasi pelaburan mereka berdasarkan ekosistem dan prasarana setempat.

“Mulai hujung tahun lepas sudah pun ramai pelabur yang berminat untuk datang melabur ke Johor. Mungkin mereka ada hasrat untuk memindahkan operasi mereka.

Advertisement

“Itu sebabnya rancangan untuk ke Hong Kong akan dibuat untuk menarik lebih ramai pelabur,” kata Jimmy lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top