BM | EN | 中文

Johor sasar keluarkan 40,000 pokok kopi jenis Liberica tahun ini

shamsolbari-kopi-johor.jpg

Samsolbari ketika melawat Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat (Gambar Ehsan FB Samsolbari Jamali)

Advertisement

BATU PAHAT, 21 MAC: Kerajaan negeri Johor menyasar mengeluarkan 40,000 pokok anak benih kopi jenis Liberica tahun ini bagi menampung keperluan termasuk dua peratus pasaran dunia

Exco Perindustrian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Samsolbari Jamali berkata pengeluaran anak benih kopi oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor itu melibatkan daerah Batu Pahat dan Pontian

Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 35,000 anak benih kopi berjaya dihasilkan di tanah seluas 451 hektar dan kerajaan negeri akan terus menyasarkan peningkatannya setiap tahun

Advertisement

“Johor sememangnya sesuai untuk kopi jenis Liberica berbanding kopi jenis lain kerana faktor cuaca dan persekitarannya dan ini satu kelebihan bagi kawasan khatulistiwa.

“Kopi jenis ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti lebih besar harum dan manis,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu beliau melawat Pusat Pertanian Parit Botak di Batu Pahat yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor Mohd Hafiz Ramli.

Advertisement

Samsolban berkata Jabatan Pertanian Negeri Johor turut digalak menggunakan teknologi terkini dalam penataan dan pemprosesan kopi agar mampu menghasilkan produk terbaik.

Beliau juga berkata selain kopi, Johor merupakan antara pengeluar utama kelapa pandan yang meliputi 40 peratus pasaran tempatan.

Katanya kelapa pandan semakin popular susulan peningkatan permintaan terhadap air kelapa muda selain produk berasaskan kelapa ketika ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top