BM | EN | 中文

JOHOR SASAR JADI PENGELUAR TERBESAR HASIL TENUSU DAN DAGING

Tosrin-Jarvanthi.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 NOV: Johor meletakkan sasaran untuk menjadi pengeluar hasil tenusu terbesar di Malaysia menjelang tahun 2021, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi.

Menurut beliau, satu ladang ternakan lembu tenusu yang terbesar di Johor seluas 2,500 ekar di daerah Mersing akan disediakan bagi tujuan tersebut melalui jalinan kerjasama Jabatan Veterinar dengan pihak BPN Johor.

“Jika ini berhasil, projek ini dijangka akan bermula tahun 2021, negeri Johor akan menjadi pengeluar lembu tenusu yang terbesar di negara kita,” kata Tosrin pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Johor 2020 di Kota Iskandar, 28 Nov lalu.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, antara rancangan kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui pelan jangka pendek dan panjang adalah merancang membangunkan hab pedaging Johor bagi tempoh 2021-2025 berdasarkan Rancangan Malaysia (RMK-12).

Pelan itu kata Tosrin meliputi enam strategi utama iaitu peningkatan populasi pedaging ruminan, penggalakan teknologi moden dan meningkatkan kesihatan ternakan.

Selain itu pelan tersebut bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan haiwan, program pembiakan haiwan selain menubuhkan Segamat Agrovet sebagai pusat sehenti pemasaran.

Advertisement

“Untuk ini rangkaian pemasaran program, lelongan ternakan secara berjadual sebanyak tiga bulan sekali akan diadakan di Agrovet Segamat.

“Memperkenalkan konsep meat shop dan juga prime card. Konsep pasar tani kekal juga akan diadakan setiap minggu dengan mengadakan harga runtuh pada setiap akhir bulan.

“Program ini akan bermula pada tahun 2020,” kata Tosrin, yang juga Adun Bukit Permai.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top