BM | EN | 中文

Johor sasar dua sekolah sarapan percuma di setiap daerah

IMG-20200101-WA0010.jpg

Aminolhuda menandatangani buku pelawat SK Kangkar Pulai 2

Advertisement

KULAI, 1 JAN : Program sarapan percuma yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada belanjawan yang lalu akan menumpukan kepada sekolah yang mengandungi pelajar dari keluarga B40.

Terdapat enam buah sekolah yang akan dilantik untuk menjadi sekolah perintis bagi program sarapan percuma ini di seluruh negeri ini.

Sekolah-sekolah yang terbabit adalah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina South Malaya, Kluang, Sekolah Kebangsaan (SK) Rengit Batu Pahat, SK Parit Sulong Batu Pahat, SK Tengku Mahkota Iskandar 1 Pontian, SK Sri Jong Muar dan SK Layau Kota Tinggi.

Advertisement

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, enam sekolah berkenaan sudah dikenal pasti sebagai sekolah yang difokuskan berikutan keutamaan diberikan kepada golongan B40.

“Program perintis ini akan dimulakan pada 20 Januari ini dan sekolah-sekolah tersebut kesemuanya berada di luar bandar kerana di sana terdapat golongan seperti mana sasaran kita.

“Peringkat awal ini adalah kepada perintis kerana ia akan memberikan gambaran awal atau lebih tepat bagaimana secara pratikalnya sarapan percuma ini dijalankan sama ada ia berjalan lancar atau tidak,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalamsidang media ketika beliau membuat tinjaun di Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Pulai 2 menerusi program ‘Welcome Back to School’, hari ini.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, antara perkara yang kita akan ditumpukan dalam program ini membabitkan tahap kemampuan kantin, pengusaha makanan berkenaan, permakanan dan segalanya yang berkaitan.

“Program seperti ini adalah suatu yang baharu dan sudah menjadi lumrah program ini akan membabitkan masa yakni sampai 20 Januari akan datang,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, tambah beliau lagi, program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diteruskan bagi sekolah-sekolah atau murid yang sebelum ini terbabit.

“Saya yakin bilangan sekolah yang menerima program sarapan percuma ini akan bertambah. Enam sekolah ini hanya perintis dan ia pasti akan bertambah pada masa akan datang.

“Sasaran saya, sekurang-kurangnya ada dua buah sekolah yang menerima sarapan percuma di setiap daerah.

Advertisement

“Di Johor terdapat sebelas daerah bermakna ke semuanya adalah 22 buah sekolah dan ia keadaan itu akan menjadi baik sekiranya ia betul-betul teradi.

“Ada juga yang masih lagi kurang berkemampuan untuk menampung makanan anak-anak dan itulah usaha kerajaan hari ini untuk meringankan bebanan yang dialami oleh perlajar atau murid di sekolah,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top