BM | EN | 中文

Johor sasar Bio-Desaru menjadi pelopor pembangunan pertanian

IMG-20200221-WA0015.jpg

Tosrin (kanan) mengadakan lawatan kerja penternakan udang di ladang perternakan YHL Aquatics Sdn Bhd, baru-baru ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 21 FEB : Kerajaan negeri menyasarkan projek pembangunan Bio-Desaru: Lembah Makanan Organik Johor menjadi pelopor pembangunan pertanian, selain pengeluar makanan utama negeri seiring dengan Gagasan Revolusi Hijau menerusi Belanjawan Negeri 2020.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata pembabitan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan dijangka menepati sasaran, sekali gus memberi keuntungan semula kepada kerajaan.

Katanya, selaku anak syarikat kumpulan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech), Bio Desaru Sdn Bhd bertanggungjawab dalam membangunkan projek ini dengan sasaran utama dalam sektor pembangunan hab makanan di daerah Kota Tinggi.

Advertisement

“Bio-Desaru: Lembah Makanan Organik Johor sudah dibangunkan mulai tahun 2010 yang menjadi komitmen kerajaan negeri dalam menangani isu keselamatan makanan menerusi penghasilan makanan yang selamat dan berkualiti, selain pelengkap kepada ekosistem rantaian makanan negara.

“Sehingga kini, pembangunan projek yang berkeluasan 3,642.17 hektar sudah menempatkan lebih 30 pelabur dengan anggaran nilai pelaburan mencecah RM1.8 bilion menjelang suku tahun pertama 2020.

“Projek ini dijangka dapat meningkatkan ekonomi negeri di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi penduduk setempat,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja di ladang perternakan Desaru Hatchery Asia Aquaculture di sini, baru-baru ini.

Pada lawatan itu, beliau turut mengambil kira mengenai pembangunan prasarana iaitu jalan yang menghubungkan setiap projek terbabit dalam usaha memberi keselesaan kepada pelancong yang mengunjungi dan pengusaha yang menguruskan kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri merancang untuk melihat kepada satu pendekatan yang mana Bio-Desaru diminta untuk mengemukakan satu kertas cadangan tentang pembangunan keseluruhan projek Bio-Desaru dan ia termasuk cadangan projek baharu, bagi tempoh enam bulan.

Advertisement

“Cadangan itu akan dinilai semula
daripada segi prestasi pengurusan dan melihat sejauh mana kemampuannya untuk melaksanakan projek yang memberi manfaat terhadap pengeluaran makanan dalam negeri dan destinasi pelancongan kelak,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top