BM | EN | 中文

Johor sambut pelancong sempena TMJ 2020 di 13 pintu masuk negeri

TMJ-2020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Bagi menghangatkan suasana sambutan tahun baru 2020, yang juga menandakan bermulanya Tahun Melawat Johor 2020, kerajaan negeri melalui Tourism Johor mengadakan sambutan kemasukan pelancong di 13 pintu masuk negeri.

Tourism Johor dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, pihaknya dengan kerjasama Pejabat-pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), operator pintu-pintu masuk ke Johor, Tourism Malaysia dan MOTAC Johor akan mengadakan sambutan di 13 pintu masuk negeri Johor.

Lokasi-lokasi bagi acara sambutan di 13 pintu tersebut adalah seperti berikut

Advertisement

1.Jeti Stulang Laut, Johor Bahru
2.Jeti Puteri Harbour, Johor Bahru
3.Jeti Pasir Gudang, Johor Bahru
4.Jeti Muar, Muar
5.Jeti Kukup, Pontian
6.Jeti Tanjung Pengelih, Kota Tinggi
7.Jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi
8.Larkin Sentral, Johor Bahru
9.Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru
10.Plaza Tol Skudai, Johor Bahru
11.Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Bahru
12.JB Sentral, Johor Bahru
13.Hentian Lucky Garden, Batu Pahat

Menurut Tourism Johor, sambutan ini akan disertakan bersama persembahan kebudayaan Johor, dan penyampaian ole-ole bagi pelancong yang hadir.

Tambahnya, kejayaan perlaksanaan Visit Johor 2020 juga bergantung kepada usahasama antara semua pemain industri, jabatan dan agensi berkaitan.

Advertisement

Antaranya seperti Tourism Malaysia, MOTAC Johor, badan-badan bukan kerajaan seperti Johor Tourism Association, Malaysia Hotel Association, pengamal-pengamal media, pemilik-pemilik produk dan seluruh masyarakat Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top