BM | EN | 中文

JOHOR RUNDING DENGAN ‘DUTA-DUTA HADAPAN’ PROMOSI TAHUN MELAWAT JOHOR 2020

tahun-melawat-johor-2020.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, OGOS: Pemandu e-hailing dan teksi berkemungkinan menjadi ‘duta-duta’ barisan hadapan kerajaan negeri Johor dalam mempromosikan acara Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020), menurut Pengarah Pelancongan negeri Zihan Ismail.

Menurut Zihan, kerajaan negeri sedang berunding dengan syarikat e-hailing Grab dan juga wakil pemandu teksi untuk terlibat dalam promosi TMJ2020, melihat kepada kepentingan mod pengangkutan dalam menjayakan acara tersebut.

Selain Grab dan pemandu teksi, agensi negeri termasuk Perbadanan Pengangkutan Awam (PAJ) juga akan turut dilibatkan, katanya lagi.

Advertisement

“Sepanjang kempen ini, kita bercadang untuk menyediakan risalah dan pamflet di dalam teksi dan juga bas awam memaklumkan orang ramai tentang destinasi-destinasi menarik yang boleh dilawati masyarakat.

“Selain itu, kita juga bercadang menjadikan pemandu-pemandu teksi ini sebagai duta kita dimana mereka dapat menyalurkan maklumat kepada penumpang, sama ada warga tempatan atau pelancong asing, berkenaan destinasi menarik atau tempat makan yang perlu disinggahi,” Zihan dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.

Zihan berkata demikian dalam satu sidang media pra-pelancaran logo dan maskot TMJ2020 di Komtar, JBCC, hari ini.

Advertisement

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor Liow Cai Tung.

Sementara itu, Malay Mail turut melaporkan bahawa kerajaan negeri menyasarkan 18 juta orang pelancong akan melawat negeri Johor sempena TMJ2020.

Menurut Cai Tung, beliau yakin angka itu dapat dicapai dengan kedudukan strategik negeri Johor sendiri, yang mempunyai 14 laluan masuk sama ada dari udara, laut dan darat.

Advertisement

“Selain itu, terdapat penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dari negara seperti Thailand, Vietnam, Korea, China, and Indonesia,” tambah Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya.

Beliau turut menambah kerajaan negeri juga sedang berunding dengan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menambah bilangan penerbangan terus ke negara-negara lain dalam rantau ini bagi membantu menjayakan agenda TMJ2020.

 

Advertisement

Sumber: Malay Mail

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top