BM | EN | 中文

JOHOR REKOD JUMLAH PELABURAN RM3.96 BILLION DALAM BIDANG PEMBUATAN

IMG-20190918-WA0004.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 SEPT: Johor telah merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM3.96 bilion, menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Jumlah itu membabitkan bidang pembuatan mengikut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) setakat Jun ini.

“Kerajaan Negeri Johor yakin akan mencapai sasaran nilai pelaburan sebanyak RM8 bilion untuk tahun ini.

Advertisement

“Malah, kita percaya mampu mencapai lebih daripada sasaran itu,” katanya dalam kepada wartawan dalam sidang media berkenaan misi perdagangan kerajaan negeri ke Amerika Syarikat (AS) di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan misi ke AS itu, Jimmy berkata, Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan 12 syarikat di negara itu untuk mengadakan mesyuarat.

“Tujuannya untuk menjalin kerjasama selain berkongsi maklumat dan situasi di Johor,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, misi yang akan dianjurkan oleh Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) berkaitan dengan menarik syarikat-syarikat yang berteknologi tinggi (Hi-Tech) dan bernilai tinggi (High Value) di situ.

“Antara mesyuarat yang penting termasuklah lawatan ke ibu pejabat Facebook di Silicon Valley dimana kita akan adakan perbincangan dengan pihaknya serta pertimbangkan prospek untuk berkerja sama,” katanya.

Tambahnya lagi, misi perdagangan yang akan bermula pada 22 hingga 27 September itu juga akan mengadakan lawatan ke beberapa tempat lain termasuklah di San Francisco dan San Jose.

Advertisement

“Negara AS merupakan salah satu pelabur tertinggi di Iskandar Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.36 bilion (USD 2 bilion),” katanya lagi.

Misi perdagangan yang akan diketuai oleh Jimmy akan disertai dengan 10 wakil daripada Iskandar Investment Berhad (IIB), i2m Ventures Sdn Bhd serta beberapa syarikat swasta yang berkaitan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top