BM | EN | 中文

JOHOR RANCANG LAKSANA PEMBENIHAN AWAN

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Kerajaan negeri bercadang melaksanakan operasi pembenihan awan berikutan kemerosotan paras air empangan di negeri ini ekoran cuaca panas yang berterusan.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse, perkara itu memerlukan perbincangan daripada pelbagai agensi berkaitan.

“Ya kita bercadang lakukan pembenihan awan. Tetapi ia perlukan perbincangan pelbagai pihak termasuk Jabatan Metereologi dan sebagainya.

Advertisement

“Banyak perkara perlu diambil kira termasuk kesesuaian cuaca dan sebagainya.

“Proses pembenihan awan di kawasan tadahan air tertentu juga dianggarkan menelan belanja kira-kira RM35,000,” katanya.

Jimmy yang juga Adun Bukit Batu berkata, setakat ini, keadaan masih lagi terkawal dan kerajaan negeri belum bercadang untuk melaksanakan tindakan catuan air.

Advertisement

“Namun, kita masih membuat pemantauan di kawasan Sungai Gembut, Kota Tinggi dan Kluang berikutan paras air sangat rendah di situ,” katanya.

Tambahnya bagi mengatasi kemerosotan paras air di empangan, kerajaan negeri bercadang memulakan kerja mendalamkan atau melebarkan beberapa muara sungai di kawasan strategik.

“Sebagai contoh di Sungai Sedili Kecil yang membekalkan air kepada Loji Rawatan Air Lok Heng, Kota Tinggi.

Advertisement

“Pada masa yang sama, kerajaan juga dalam kajian untuk mencari kawasan yang sesuai untuk meletakkan ‘tube well’,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top