BM | EN | 中文

Johor rancang laksana inisiatif berimpak tinggi tanpa ketepikan luar bandar

mb-johor-kulai-felda.jpg
Advertisement

KULAI, 5 OGOS: Kerajaan Johor merancang untuk melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi di beberapa daerah di negeri ini selain perancangan sektor ekonomi yang lebih spesifik untuk memeriahkan lagi pembangunan luar bandar.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai negeri yang mempunyai pembangunan holistik, progresif dan moden tanpa mengenepikan masyarakat luar bandar.

Sebagai negeri kedua tertinggi di Malaysia yang mempunyai 73 tanah rancangan FELDA merangkumi 15 kawasan Parlimen, kerajaan negeri mempunyai visi untuk mengusahakan dan menguruskan tanah-tanah terbiar secara sistematik.

Advertisement

Menurut beliau, inisiatif ini mampu untuk menjana pendapatan peneroka memandangkan peneroka tidak boleh bergantung sepenuhnya pada tanaman sawit kerana harganya tidak menentu.

“Kerajaan negeri kekal memastikan kelangsungan tanah rancangan FELDA menerusi inisiatif baharu dengan memperkenalkan inisiatif Revolusi Hijau dan Pembangunan Tanah Terbiar,” kata Sahruddin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Himpunan warga Felda Wilayah Johor Bahru di Felda Inai di sini, minggu lalu.

Advertisement

Turut hadir ADUN Bukit Permai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri Tosrin Jarvanthi serta Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor Mohd Halim Hasbullah.

Beliau berkata, untuk projek perintis, kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Nanas Johor melalui tanaman nanas MD2 di tanah di Felda Ulu Tebrau.

Menurutnya, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak meminggirkan golongan peneroka dan amat prihatin dengan isu-isu berkaitan peneroka.

Advertisement

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, beberapa isu berbangkit yang membelenggu kehidupan peneroka telah pun diselesaikan menerusi lima inisiatif pemulihan FELDA menerusi bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM6.23 bilion.

Untuk rekod, sejumlah 15,378 daripada 17,554 peneroka di Felda Wilayah Johor Bahru telahpun dikurniakan geran hak milik tanah, katanya.

Selain itu, seramai 10,346 peneroka daripada 11, 418 peneroka di Felda Wilayah Segamat juga telah diberikan geran hak milik tanah sementara kesemua peneroka di Kulai iaitu seramai 1,447 orang juga telah menerima geran hak milik tanah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top