BM | EN | 中文

Johor rancang bangunkan sistem maklumat tanah wakaf untuk mudahkan pengurusan

majlis-agama-islam-negeri-johor-maij-MAINJ.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 DIS: Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merancang membangunkan Sistem Maklumat Tanah Wakaf berasaskan GIS (sistem maklumat geografi) bagi memudahkan pengurusan tanah wakaf negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata GIS merupakan sistem maklumat lengkap yang memaparkan data terkini berhubung lokasi/kedudukan tanah wakaf, keadaan fizikal tanah, keluasan sebenar, kemudahsampaian dan pembangunan sekitar yang perlu dibangunkan.

“Sistem maklumat ini bukan sahaja menyimpan rekod terkini berhubung dengan tanah wakaf malah membolehkan pihak pentadbir untuk menjalankan pengurusan dan perancangan atas tanah wakaf secara lebih cekap dan teratur.

Advertisement

“Di samping itu, sistem maklumat GIS ini berupaya membantu mengenal pasti tanah wakaf yang sesuai dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Najib Lep (PN-Bukit Pasir) mengenai perancangan kerajaan negeri dalam memastikan tanah wakaf tidak terbiar di negeri ini pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14, di sini, semalam.

Beliau berkata MAINJ juga melantik nazir khas untuk memajukan tapak wakaf yang sedia ada iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Perbadanan Islam Johor, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) dan Kolej Pengajian Islam Johor.

Advertisement

Setakat November lalu, sebanyak 4,566 tapak wakaf di Johor direkodkan, membabitkan keluasan tanah seluas 5,408 hektar, katanya.

Johor Bahru mencatatkan jumlah bilangan tanah wakaf tertinggi iaitu 858 tapak, diikuti Batu Pahat (834 tapak) dan Muar (606) tapak.

Menurutnya, tapak untuk surau adalah jenis wakaf khas yang menjadi tumpuan pewakaf di negeri ini, diikuti dengan tapak masjid dan tapak sekolah agama.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top