BM | EN | 中文

Johor ramai bakat, lokasi strategik kembang konsep syarikat ‘start up’

Amarit.jpg

Amarit ketika bercakap kepada wartawan

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 JAN: Negeri Johor berada pada lokasi strategik selain memiliki prasarana mencukupi dan ramai bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mengembangkan konsep syarikat pemula niaga (start-up).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat HUBBA (Hab Pencipta Global) yang berpangkalan di Thailand, Amarit Charoenphan berkata, kawasan wilayah di selatan Malaysia ini memiliki banyak potensi yang boleh dikembangkan.

“Kenapa Johor Bahru? Kenapa bukan Kuala Lumpur atau negeri lain? Kerana ada banyak perkara yang mengujakan. Apa yang berlangsung sekarang ini hanyalah sebahagian dari banyak hal tersembunyi yang belum diterokai.

Advertisement

“Sekarang ini kita hendak fikir bagaimana mahu meningkatkan kadar ‘start up’ kepada 50 peratus, dan bagaimana untuk kita hendak melibatkan lebih ramai orang muda di universiti disini untuk turut serta.

“Kita juga kena fikir bagaimana untuk melibatkan lebih banyak SME (usahawan kecil dan sederhana) dan bekerjasama dengan kerajaan melalui (konsep) ‘start uop’ dan mewujudkan SME digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas pertandingan pembentangan (pitch) syarikat pemula niaga (startup) di BaseConf 2020 di Studio Iskandar Malaysia, di sini, kelmarin.

Advertisement

Amarit yang juga pengasas media teknologi terkemuka Thailand, Techsauce memberitahu, program seperti BaseConf 2020 adalah medan pertemuan diantara pemain industry bakat yang belum diketengahkan dengan pihak kerajaan.

“Saya gembira atas kejayaan program kerana acara ini bukan sekadar untuk berjumpa-jumpa, malah sebenarnya peserta terlibat langsung dan ada pihak yang mahu melabur selain melatih bakat, tak kira sama ada mereka itu berada di dalam mahupun diluar syarikat.

“Ia juga membuka peluang kepada syarikat ‘start up’ untuk akses kepada organisasi yang lain,” katanya.

Advertisement

Tambah Amarit, kedudukan Johor yang berjiran dengan negara Singapura dengan jumlah institusi pendidikan pada peringkat menengah dan universiti membolehkan industri terus berkenbang.

“Peluang dan ramuannya ada disini. Ada banyak institusi, sekolah dan universiti, prasarana yang baik yang membuka peluang untuk generasi akan datang. Ini antara kemenangan terbesar kami dalam BaseConf 2020,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top