BM | EN | 中文

Johor Port Bhd terima Anugerah Khas Perdana Menteri AKI 2020

johor-port-terima-anugerah-khas-perdana-menteri.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Johor Port Bhd dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri iaitu anugerah terulung dalam Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2020 yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Selasa.

Selain itu, syarikat berkenaan turut meraih Anugerah Sektor Perkhidmatan Kategori Empat iaitu syarikat domestik dengan perolehan melebihi RM100 juta.

MITI dalam kenyataan hari ini berkata anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Hadir sama Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Advertisement

Pada majlis itu, Longi (Kuching) Sdn Bhd merangkul Anugerah Syarikat Paling Berpotensi sebagai pengiktirafan kepada syarikat yang mempamerkan pembangunan dalam pelbagai aspek serta kepimpinan yang luar biasa untuk mencapai visi dan misinya.

Anugerah Kategori Terbuka untuk penyertaan syarikat multinasional daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan dimenangi Lumileds Malaysia Sdn Bhd.

Sementara itu, ASM Technology (M) Sdn Bhd menerima anugerah terbaharu Anugerah Kecemerlangan Industri4WRD iaitu pengiktirafan kepada syarikat yang telah berjaya melaksanakan teknologi dan proses Industri 4.0.

Advertisement

Menurut MITI, anugerah edisi ke-27 itu menawarkan 11 anugerah yang melibatkan penyertaan 78 syarikat dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan berkaitan pembuatan.

Selain itu. Anugerah Sektor Pembuatan bagi Kategori Satu dimenangi Proguard Safety Manufacturing Sdn Bhd, Fumakilla Malaysia Berhad (Kategori Dua) dan UWC Berhad bagi Kategori Tiga.

Bagi Anugerah Sektor Perkhidmatan, IOT Management Sdn Bhd, Amalgamated Plant Engineering Sdn Bhd dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd masing-masing memenangi Kategori Satu, Dua dan Tiga.

Advertisement

MITI berkata AKI 2020 bertujuan mengiktiraf kecemerlangan syarikat dalam pelaksanaan tadbir urus yang menjamin kesejahteraan pekerja, penerapan teknologi terkini dalam operasi serta pelaksanaan strategi perniagaan yang efektif bagi menjamin penyampaian terbaik produk atau perkhidmatan syan kat.

“Penyertaan AKI 2020 telah dinilai oleh barisan juri penilai yang berkaliber berpandukan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF), iaitu kerangka penilaian berdasarkan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (BEF) yang diiktiraf di peringkat global dan diguna pakai lebih 83 negara serta 96 pentadbir anugerah di seluruh dunia: katanya.

Aspek yang dinilai dalam MBEF termasuk kepimpinan dan prestasi syarikat melalui pelaksanaan strategi perniagaan, komunikasi, pengurusan pelanggan, tadbir urus tenaga kerja.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top