BM | EN | 中文

Johor Port beli kren pangkalan baharu

johor-port-pelabuhan-johor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Johor Port Bhd menerima kren pangkalan kapal ke kapal (STS) baharu untuk terus menambah baik perkhidmatan dan kecekapan di Terminal Kontena.

Dibina oleh Shanghai Zhenhua Heavy Industries Company Ltd, kren pangkalan STS baharu itu mempunyai kapasiti pengangkat seberat 40.6 tan dan berupaya mengendalikan kontena melebihi 15 barisan sehingga kapal bersaiz Post-Panamax.

Menurut Johor Port, kren itu akan mula beroperasi pada beberapa minggu akan datang dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2020.

Advertisement

“Pembelian kren baharu itu merupakan pelaburan jangka panjang bagi memastikan daya saing Johor Port adalah sejajar dengan perubahan pesat industri pelabuhan dan logistik untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin menggalakkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Md Derick Basir dalam kenyataan hari ini.

Menurut Johor Port, kren baharu itu merupakan sebahagian daripada program mengubah suai dan menaik taraf infrastruktur yang merangkumi penambahbaikan dan pengembangan limbungan kontena kepada 36 blok daripada 32 blok pada masa ini.

Md Derick berkata kren pangkalan baharu itu merupakan penambahan kepada lapan kren pangkalan sedia ada yang beroperasi di Johor Port.

Advertisement

“Menerusi penambahan kren itu, kita akan mampu meningkatkan lagi produktiviti operasi dengan memberikan masa perjalanan kapal yang lebih pantas di Terminal Kontena Johor Port,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top