BM | EN | 中文

Johor Petroleum Developlement Corporation sasar pelaburan baharu RM5 bilion fasa kedua PIPC

Johor-Petroleum-Developlement-Corporation-sasar-pelaburan-baharu-RM5-bilion-fasa-kedua-PIPC.jpg

Gambar Ehsan Johor Petroleum Developlement Corporation

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 16 APR: Johor Petroleum Developlement Corporation Bhd (JPDC) menyasarkan untuk menarik pelaburan baharu bernilai RM5 bilion bagi fasa kedua pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dekat Kota Tinggi, Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelaburan baharu fasa kedua yang bermula pada 2020 hingga 2025, dijangka melibatkan pembangunan loji penghasilan produk petrokimia, pembukaan kawasan perindustrian baharu serta pengembangan aktiviti yang bermula dalam fasa pertama.

Menurutnya, pembangunan fasa pertama pada 2012 hingga 2019 lepas menyaksikan PIPC berjaya menarik pelaburan berjumlah AS$29.5 bil (RM121.7 bilion) (AS$1=RM4.12).

Advertisement

Beliau berkata, ini membabitkan pelaburan utama seperti Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas (PIC) yang dibangunkan oleh Petronas dengan usaha sama syarikat petroleum Arab Saudi, Saudi Aramco serta Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT) oleh pihak Dialog Group Bhd dan rakan-rakan niaga dengan nilai pelaburan AS$2.5 bilion.

“Kedua-dua pelaburan ini telah mewujudkan sebanyak 6,500 peluang pekerjaan. Oleh itu, bagi tempoh lima tahun lagi, JPDC menyasarkan pelaburan baharu sebanyak RM5 bilion, katanya dalam sidang media mengumumkan perkembangan fasa kedua pembangunan PIPC di sini, pada Khamis.

JPDC merupakan agensi di bawah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab merancang menyelaras, memudah cara dan mempromosi pembangunan PIPO .

Advertisement

Selain itu, Mustapa berkata sejak 2013 hingga Mac tahun ini, JPDC telah melaksanakan sebanyak 58 program peningkatan kemahiran melibatkan 4,097 tenaga kerja Malaysia yang mengikuti latihan di 12 institusi latihan teknikal awam negara dengan hampir kesemuanya dapat meraih pekerjaan berkualiti tinggi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif JPDC Mohd Yazid Ja’afar berkata, sebahagian daripada sasaran tersebut telah dicapai, termasuk pengembangan projek PDT bernilai kira-kira RM1.6 bilion serta pembinaan kilang pengeluaran lateks nitril butadiena di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) yang merupakan usaha sama Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) dan LG Chem Ltd yang bernilai kira-kira RM600 juta.

“Kita menjangkakan ada lebih ramal (pelabur yang berminat). Malah memang ada pihak yang berminat terutama dalam pelaburan petrokimia namun kita tidak dapat mengumumkannya (sekarang) kerana bergantung kepada situasi COVID-19. Ini akan memakan masa, tetapi diharapkan tempoh itu tidak lama,” katanya

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top