BM | EN | 中文

Johor peruntuk RM6.4 juta selenggara kemudahan, pusat sukan Sukma

Majlis-Sukan-Negeri-Johor-MSNJ.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MEI: Kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) memperuntukkan RM6.4 juta setahun bagi menyelenggara kemudahan dan tempat untuk Sukan Malaysia (Sukma) di negeri ini.

Pengarah MSNJ, Nor Syazlan Abd Razak berkata, usaha itu bertujuan memastikan tiada kerosakan berlaku terhadap kemudahan tersebut akibat tidak digunakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, MSNJ sentiasa memastikan penyelenggaraan stadium, venue dan kemudahan sukan diteruskan kerana tidak mahu apabila Sukma dijalankan dan Johor menjadi tuan rumah, segala kemudahan sukan terbabit tidak dapat digunakan.

Advertisement

“Di peringkat MSNJ juga sudah memperuntukkan dana untuk stadium-stadium terbabit dan membuat jadual penggunaan stadium dari segi program dan latihan tetapi perancangan itu jadual program dan latihan) tidak boleh dijalankan kerana PKP.

“Namun, mengenai penyelenggaraan, kita sudah lakukan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog ‘Johor Sports Master Plan’ 2030 di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Advertisement

Mengenai status terkini cadangan pembinaan Combat Centre atau pusat pertempuran, Onn berkata Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) kini dalam proses membawa kertas cadangan mengenai pusat itu kepada kerajaan negeri untuk kelulusan.

“Combat Centre adalah pusat sukan tempur membabitkan pusat latihan dan juga tempat pertandingan, yang mana semua sukan tempur ditempatkan dalam bangunan sama, iaitu di Nusa Duta.

“Kita sudah peruntukkan RM4.5 juta bagi aktiviti sukan tempur tetapi dari segi penyelarasan, elaun dan sebagainya kita perlu pertimbangkan semula berdasarkan kekangan kewangan yang kita lalui,” katanya.

Advertisement

Mengulas mengenai sesi dialog itu, Onn berkata antara isu yang diutarakan Persatuan Sukan Negeri Johor termasuk pemilihan jurulatih, bantuan kewangan tambahan dan permohonan penyediaan pusat latihan persendirian bagi acara sukan tertentu.

Jelasnya semua perkara yang diutarakan itu adalah wajar dan mampu dipertimbangkan berdasarkan keperluan atlet.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top