BM | EN | 中文

JOHOR PERUNTUK RM2.5 JUTA UNTUK INSENTIF HARAPAN SISWA

gmbr-fail-aminolhuda.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV : Seramai 2,488 pelajar berjaya menerima manfaat Insentif Harapan Siswa (IHS) sehingga 30 Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, jumlah itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM2.095 juta.

“Untuk makluman, pada tahun 2019, kerajaan Johor telah memperuntukan sebanyak RM 2.5 juta bagi tujuan pemberian IHS kepada anak-anak Johor yang mendaftar ke pengajian tinggi bagi sesi semester pertama 2018/2019.

Advertisement

“Jumlah itu membabitkan RM1.5 juta dari Yayasan Pelajaran Johor dan RM1 juta adalah sumbangan dana dari pihak Permodalan Darul Ta’zim (PDT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Pulai Sebatang) pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Muhammad Taqiuddin bertanya tentang berapa ramai penerima IHS pada tahun ini.

Advertisement

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani memberitahu, kadar bantuan adalah sebanyak RM500 untuk diploma dan ijazah sarjana muda pula menerima RM 1,000.

“Antara syarat permohonan IHS adalah pemohon lahir dan menetap di negeri Johor, terbuka kepada pelajar tahun satu iaitu semester pertama bagi diploma dan ijazah sarjana muda yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta terpilih.

“Selain itu, pemohon telah mendapat surat tawaran dari IPT, tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih, pendapatan ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi lima orang dan ke atas.

Advertisement

“Syarat lain, keutamaan akan diberikan kepada jumlah perkapita iaitu jumlah pendapatan isi rumah atau jumlah tanggungan yang paling minima serta pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top