BM | EN | 中文

JOHOR PERTIMBANG BAWA MASUK INDUSTRI DRON

jimmy-puah-bukit-batu.jpg

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV: Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelaburan dalam industri dron ke negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata pihaknya akan berbincang dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tentang bagaimana negeri ini boleh membantu dalam menjadi lokasi untuk promosikan sektor tersebut.

Beliau berkata ini selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini pernah menyatakan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub dron di rantau Asia.

Advertisement

“Idea ini juga pernah di war-warkan kepada pemain industri dari negara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah manakala sektor teknologi dron dianggarkan bernilai sebanyak RM532.7 billion menjelang tahun 2025,” katanya.

Jimmy (PH-Bukit Batu) berkata demikian ketika menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) tentang bidang dan bentuk pelaburan baru yang dirancang bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Johor semasa persidangan DUN ke-14 di Kota Iskandar, di sini.

Dalam pada itu, Jimmy berkata pelan strategik pelaburan 2020-2030 akan disediakan bagi menyiapkan negeri ini untuk menghadapi pertumbuhan ekonomi di Johor.

Advertisement

“Walaupun Johor telah menjadi destinasi utama pelaburan terutamya sektor perkilangan seperti Petrokimia, pada era masa kini kerajaan negeri perlu mengalakkan lebih banyak pelaburan masuk ke sektor ekonomi baharu seperti keusahawanan digital dan pelbagai lagi sektor perkhidmatan,” katanya.

Justeru itu beliau berkata kerajaan negeri akan menyokong inisiatif digital halal yang dapat menjejak bahan kandungan makanan dari ladang sehingga ke restoran (from Farm to Fork) supaya ditingkatkan lagi keyakinan pembeli dan peniaga dalam rantaian bekalan perusahan makanan.

“Bagi menyokong perkembangan sektor e-dagang yang dilihat berkembang dengan pesat, sebanyak RM1 juta diperuntukan kerajaaan sebagai geran permulaan untuk bantu dan sokong tubuhkan inkubator,” kata Jimmy.

Advertisement

Selain itu katanya, inisiatif Blockchain Village @ Medini (BV@M) dijangka akan menarik pelaburan bernilai RM562 juta dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 1,200 orang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top