BM | EN | 中文

Johor perlu wujudkan PPV di daerah penduduk berkepadatan tinggi

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUN: Negeri Johor perlu merancang untuk menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, objektif PPV adalah bagi memudahkan penerima vaksin tanpa perlu menunggu lama.

Ini kerana terdapat PPV yang mengalami kesesakan menyebabkan kehadiran penerima vaksin terbatas.

Advertisement

“Kita bimbang keadaan ini akan berlarutan. PPV sepatutnya dibuka di klinik desa, balai raya dan sebagainya bagi memudahkan penerima untuk hadir.

“Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan kerana ada di antara penerima yang ‘malas’ untuk hadir akibat situasi berkenaan.

“Kerajaan perlu pertimbangkan keadaan ini dan sebaiknya kerajaan perlu mengurangkan kerenah birokrasi yang perlu dihadapi penerima vaksin,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Khalim turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skuad khas yang beroperasi secara bergerak untuk memberikan suntikan vaksin di kawasan pendalaman.

Tambahnya, ia memudahkan pelbagai pihak khususnya mereka yang berada di kawasan pendalaman untuk mendapatkan vaksin.

“Boleh sahaja menggunakan kaedah secara bergerak dan masuk ke kampung-kampung dan terima mereka yang hadir secara sukarela serta rekodkan suntikan mereka.

Advertisement

“Ia boleh dibuat secara berjadual untuk hadir ke tempat sama dan tetaplan tarikh untuk suntikan kedua.

“Mengapa sewaktu pilihanraya kita boleh lakukan kerja-kerja yang agresif tersebut tetapi dalam hal kesihatan sebegini kita tidak mampu lakukan?” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top