BM | EN | 中文

Johor perlu wujud garis panduan premis perniagaan makanan di bulan Ramadhan

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 23 APR: Kerajaan negeri Johor perlu mewujudkan garis panduan terutamanya melibatkan premis yang menjual makanan pada bulan Ramadhan ini, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Taqiuddin Cheman.

Menurut Taqiuddin, beliau menerima aduan daripada peniaga yang menyatakan bahawa tidak ada kejelasan berhubung garis panduan antaranya berhubung tempoh operasi dan penetapan laluan pembelian di premis.

“Walaupun hanya seorang ketua keluarga yang dibenarkan keluar membeli makanan, namun kita jangka akan wujud kesesakan. Ini kerana suasana pada bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan yang lain.

Advertisement

“Apakah peniaga di premis makanan dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengarahkan para pembeli dengan cara mereka sendiri yang menetapkan laluan, jarak sosial dan sebagainya?

“Ini kerana apabila berlaku kesesakan, peniaga turut bimbang sekiranya mereka disaman atau diambil tindakan.

“Dalam masa yang sama para pembeli juga tidak ada maklumat berhubung panduan dan etika pembelian, terutamanya pada waktu puncak,” kata Taqiuddin ketika dihubungi Johorkini.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Pulai Sebatang berkata, ada mendapat laporan premis perniagaan makanan yang diarahkan tutup selepas menerima notis dari pihak berkuasa kerana dikatakan seolah-olah ‘menggalakkan’ orang ramai berkumpul.

“Sedangkan para peniaga terutamanya di premis makanan adalah pihak yang paling patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tambahan pula para peniaga sendiri tidak pasti sama ada mereka dibenarkan menjual makanan untuk sahur. Sekurang-kurangnya kena ada panduan dari kerajaan negeri melalui PBT.

Advertisement

“Jadi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Perlu ada langkah proaktif dan munasabah untuk membantu golongan peniaga ini,” kata Taqiuddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top