BM | EN | 中文

Johor perlu tubuh pasukan khas kaji pembukaan sempadan – Adun

Johor-Malaysia-Singapore-Tambak-Johor.jpeg

Gambar Ehsan SCMP/AFP

Advertisement

JOHOR BAHRU, Kerajaan Johor harus menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji bagi pembukaan sempada, kata Adun Bekok, S. Ramakrishnan.

Katanya pasukan petugas khas itu perlu memberi fokus untuk mengurangkan jangka masa dan kos untuk menjalankan SOP semasa melintasi sempadan.

Tambah beliau, kemudahan ujian makmal harus disediakan di lokasi pintu masuk sempadan agar memudahkan dan mempercepatkan proses mendapatkan keputusan ujian makmal.

Advertisement

“Kos ini juga boleh diberi subsidi antara semua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramakrishnan berkata, pengakuan kerajaan Johor bahawa ekonomi negeri kini terjejas akibat sekatan melintas sempadan Johor-Singapura perlu disusuli dengan perancangan secara holistik.

Adun Bekok, S. Ramakrishnan

Katanya , kedua negara terkesan akibat pandemik Covid-19 engan sebilangan besar pekerja Malaysia bekerja di Singapura.

Advertisement

Pada masa yang sama, ramai warga Singapura melintasi sempadan untuk tujuan membeli-belah, kegiatan hiburan dan pelancongan.

“Aktiviti-aktiviti sebegini telah menjadi sumber utama penjana ekonomi negeri Johor.

“Malangnya, pemerintah negeri tidak menunjukkan sebarang desakan untuk membuka sempadan antara dua negara ini.

Advertisement

“Langkah-langkah seperti memendekkan masa kuarantin dan mengurangkan kos pembiayaan ujian Covid 19 patut diberi keutamaan dengan mengurangkan halangan untuk menyeberangi sempadan.

“Malangnya, kuasa mengambil keputusan dalam perkara ini telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top