BM | EN | 中文

Johor perlu peruntukan tambahan RM21.6 juta untuk Sukma tahun depan

sukma-johor-2021.png

ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT: Kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM21.6 juta untuk menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di negeri itu, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini ekoran penganjuran temasya telah dianjak dari tarikh asal pada Julai tahun ini berikutan penularan jangkitan COVID-19.

“Peruntukan tambahan ini melibatkan perbelanjaan pengurusan atau pengelolaan. Ia diperlukan untuk keperluan peralatan tambahan di setiap venue sukan, penginapan dan pusat operasi Sukma bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Ia juga digunakan untuk aktiviti promosi yang perlu dilaksanakan oleh Sekretariat Sukma Johor,” kata beliau ketika menjawab soalan Mohd Khuzzan Abu Bakar (PH-Semerah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd Khuzzan sebelum itu bertanyakan jumlah peruntukan Sukma Johor yang telah digunakan sejak Mac 2020 serta peruntukan tambahan yang diperlukan selepas temasya itu dianjakkan ke 2021.

Menurut Onn Hafiz, pihaknya telah membelanjakan sejumlah RM37.9 juta untuk mengurus Sukma sejak Mac hingga kini.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top