BM | EN | 中文

Johor perlu perhebat kempen vaksinasi – Adun Bukit Naning

ysahrudin-kusni-adun-bukit-naning.png
Advertisement

MUAR, 22 MEI: Kerajaan Johor perlu memperhebatkan lagi kempen vaksinasi ke seluruh negeri selain meningkatkan keyakinan mereka untuk mendaftar.

Adun Bukit Naning, Ysahrudin Kusni turut mengesyorkan agar kerajaan negeri dan pihak swasta bersama-sama mengurus selia pembelian dan vaksinasi.

“Beri jaminan kukuh kepada penerima vaksin.

Advertisement

“Barulah program vaksinasi Bangsa Johor dipercepatkan dan pergerakan kempen ini akan lebih efisien,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu sebelum ini, Adun Mengkibol, Chew Chong Sin sebelum ini turut mencadangkan ‘strategi ekonomi vaksin’ dengan tumpuan kepada usaha vaksinasi.

Ia bagi menyelamatkan Malaysia yang kini terperangkap dalam kesulitan, berdepan penyebaran wabak dan kemerosotan ekonomi.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan penglibatan hospital swasta selain 2,838 klinik kesihatankerajaan, 145 buah hospital besar dan 196 klinik komuniti di seluruh negera bagi proses vaksinasi.

Melalui langkah awal katanya, sektor kesihatan perlu menumpukan kepada usaha pencegahan wabak, pemeriksaan dan pengasingan

Beliau sebelum ini juga pernah mencadangkan penyediaan bekalan perubatan kecemasan, penyediakan keperluan harian dan memulakan dapur pusat untuk penyediaan makanan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top