BM | EN | 中文

Johor perlu percepat pinda undang-undang agar Undi 18 boleh dilaksanakan

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 12 SEPT: Dewan Negeri (DUN) Johor harus mempercepatkan pindaan undang-undang bagi membolehkan tiga perkara asas kepada Undi18 dapat tercapai.

Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, tiga perkara tersebut ialah hak mengundi kepada belia 18 tahun hingga 20 tahun, pendaftaran automatik sebagai pengundi atau Automatic Voter Registration (AVR) dan umur calon pilihan raya Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun.

“Sehingga kini, terdapat tujuh buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan, dan Perak yang telah meminda Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri masing-masing bagi membolehkan Undi18 dilaksanakan bagi Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Advertisement

“Pada ketika ini, fasal 16 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan kelayakan bagi seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri ini mestilah berumur dua puluh satu tahun atau lebih sahaja.

“DUN Johor wajar mengambil langkah meminda hal ini agar sejajar dengan langkah persediaan perlaksanaan Undi18 di peringkat persekutuan.

“Masa yang terbaik untuk melakukan pindaan tersebut ialah pada Sidang Dewan Negeri Johor yang terhampir ini yang dijangka pada November 2021,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Pada tahun 2019, Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang bagi menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Ia bersekali dengan pendaftaran warganegara secara automatik sejurus mereka mencapai umur 18 tahun.

Terbaharu, pada 3 September, Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Disember tahun ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top