BM | EN | 中文

Johor perlu jadi negeri pilihan pelabur – MB

johor.jpg
Advertisement

PONTIAN, 12 DIS: Kerajaan Johor memohon semua pihak dan agensi berkaitan untuk sentiasa mengamalkan langkah terbaik bagi memudah cara proses dan prosedur pelaburan di negeri tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, usaha itu perlu dilakukan dengan segera bagi menarik lebih banyak pelabur ke Johor sekali gus melonjakkan kembali trend ekonomi negeri yang kian meningkat.

“Mengekalkan yang sedia ada masih tidak cukup baik. Kita perlukan lebih banyak pelaburan datang ke negara kita dan saya lihat memudahkan cara adalah salah satu kepentingan.

Advertisement

“Kita perlu ada kaedah berlainan untuk memastikan pelabur lihat ada sesuatu istimewa di Johor sama ada fasiliti atau sebagainya. Usaha ini juga perlu dipastikan mesra pelabur,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di sini, Khamis lalu.

Hasni berkata, dalam keadaan ekonomi kini, iklim pelaburan semakin kompetitif dan pelabur mempunyai banyak pilihan bagi menjaga kepentingan pelaburan syarikat mereka.

Advertisement

Katanya, Johor harus menggunakan sebaik-baiknya potensi yang ada, termasuk kedudukannya yang strategik kerana berjiran dengan negara maju seperti Singapura.

“Kita perlu terus menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur kerana merupakan negeri yang begitu unik dan strategik. Harus menggunakan ruang dan peluang sebagai negeri yang unik ini dan berjiran dengan negara maju serta jauh ke hadapan daripada kita. Tentulah kita tidak mahu jauh tertinggal ke belakang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top