BM | EN | 中文

Johor perlu gubal enakmen anti lompat parti

Johor-perlu-gubal-akta-anti-lompat-parti.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV: Kerajaan Johor perlu menggubal rang undang-undang (enakmen) anti lompat parti, memandangkan Kerajaan Persekutuan dan parti pembangkang telah mempersetujuinya, walaupun ia masih belum dibentang dan diluluskan secara rasmi.

Perkara itu dinyatakan Adun Mengkibol Chew Chong Sin (Mengkibol) dan turut disokong Chen Kah Eng (Stulang) dan Tee Boon Tsong (Senai).

Menurut Chew, penggubalan itu boleh dibuat secara serentak dengan pusat supaya ia sempat dibentang dan diluluskan di persidangan akan datang dan berkuatkuasa sebelum DUN Johor dibubarkan dan pilihan raya negeri dijalankan.

Advertisement

“Kami mungkin akan mempertimbangkan untuk membawa usul Akta Anti Lompat dan Pemecatan di persidangan DUN Johor secara perseorangan jika Enakmen Anti Lompat Parti tidak lagi digubal oleh kerajaan negeri pada mesyuarat persidangan DUN Johor yang akan datang.

“Memandangkan hakikat bahawa aktiviti lompat parti wakil rakyat telah menyebabkan perubahan rejim, kemelut politik dan memberi kesan negatif kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, pilihan raya negeri (PRN) Melaka telah membuktikan hasrat rakyat terhadap penggubalan akta anti lompat parti.

Advertisement

“Kami mendesak Parlimen memberi keutamaan kepada pembentangan dan meluluskan usul Akta Anti Lompat demi menghapuskan halangan terhadap pindaan undang-undang berkenaan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

“Kami percaya bahawa akta anti lompat dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dan menjamin kestabilan politik negara. Ini amat penting demi memulihkan ekonomi negara kita,” kataya lagi.

Terdahulu, Chew dalam perbahasan di DUN Johor semalam membangkitkan rancangan kerajaan Johor untuk menggubal enakmen anti lompat parti supaya selaras dengan pemindaan Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Menurut jawapan bertulis Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Sementara itu,Perkara 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh perengan (c) Fasa (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya,ketenteraman awam atau prinsip moral.

Walaubagaimanapun, kata Chew, Menteri Besar juga menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang berkenaan lompat parti sebagai salah satu intipati bagi seorang Adun itu kehilangan kelayakan selagi tiada pindaan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Beliau merujuk keputusan dibuat Mahkamah Agung di dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor. V. Nordin Salleh & Anor. (1)[1992] 1 CLJ (Rep).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top