BM | EN | 中文

Johor perlu buka sidang DUN, bincang belanjawan tambahan untuk beli vaksin

dzulkefly-ahmad.jpg

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 MEI : Kerajaan Johor didesak membuka sidang Dewan Negeri (Dun) Johor bagi membincangkan belanjawan tambahan khusus untuk pembelian vaksin bagi negeri ini.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, perkara ini sangat penting susulan peningkatan kes Covid-19 yang semakin serius di negeri ini.

Ujarnya, langkah agresif perlu diambil kerajaan bagi mendapatkan vaksin tambahan untuk diberikan kepada rakyat di negeri ini.

Advertisement

“Kebiasaannya, persidangan DUN pada bulan Mei dan Jun adalah masa untuk membentangkan belanjawan atau peruntukan tambahan khusus bagi perbelanjaan yang tidak dimasukan dalam pembentangan Belanjawan Johor 2021 pada November, 2020 lalu.

“Namun apa yang berlaku hari ini apabila kuasa legislatif digantung akibat dari proklamasi darurat membantutkan hasrat tersebut.

“Kerajaan negeri boleh mengambil insiatif sendiri dengan memanggil wakil-wakil rakyat berbincang serta memberikan idea dalam hal ini.

Advertisement

“Apa yang penting adalah pembelian vaksin tambahan untuk rakyat di negeri ini yang bukan mengharapkan inisiatif dari kerajaan pusat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja,” ujarnya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang merupakan Adun Kota Iskandar memaklumkan bahawa kerajaan Johor tidak boleh memberikan alasan masalah kewangan.

Ini kerana kerajaan Johor boleh menggunakan rizab tunai negeri Johor sebanyak RM 3.068 billion dan Tabung Amanah Warisan Negeri Johor (TAWNJ), sebanyak RM 680.37 juta untuk pembelian vaksin berkenaan.

Advertisement

“Tabung dan rizab ini boleh digunakan untuk kemudahan dalam membeli vaksin tambahan khusus untuk rakyat di negeri ini.

“Ianya penting dan mencukupi untuk kerajaan menyediakan peruntukan bagi membela rakyat dengan pembelian vaksin tambahan tersebut.

“Ia adalah proses untuk mempercepatkan rakyat di negeri ini menerima vaksin serta mengurangkan kadar kes-kes harian baharu yang berlaku di negeri ini.

Advertisement

“Apa yang berlaku hari ini dalam proses vaksininasi ini ia tidak mencapai sasaran yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top