BM | EN | 中文

Johor perlu anjur ‘jualan mega’, tarik pelancong domestik

jimmy-puah-bukit-batu.jpg

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Kerajaan Johor dicadangkan untuk menganjurkan ‘jualan mega’ bagi menarik lebih ramai pelancong domestik bagi merancakkan kegiatan ekonomi di negeri ini.

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah berkata kerajaan Johor juga perlu meningkatkan usaha menarik lebih ramai pelabur bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan aliran kewangan ke dalam negeri.

“Kita kena faham, semua negara bahkan negeri dalam Malaysia amat agresif memikat pelaburan asing, maka kita kena ada ‘selling point’ yang unik dan berkesan,” kata Jimmy dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendedahkan sebuah syarikat elektronik di Johor yang memindahkan operasinya ke Vietnam dan turut membawa sub-kontractor ke negara itu.

“Paling ketara dan penting untuk dibalikpulih ialah ekonomi Johor terutamanya di Johor Bahru adalah membuka balik sempadan dengan Singapura secepat mungkin.

“Saya faham, perkara ini agak rumit kerana melibatkan dua negara. Tetapi saya yakin ini boleh dilakukan secara berfasa dan selaras dengan SOP yang sedia ada.

“Kerajaan telah wujudkan PCA dan RGL untuk segelintir rakyat kedua-dua negara, tapi saya rasa itu langsung tidak memadai dan tidak membantu keadaan Johor sekarang.

“Bagi saya ini adalah berat sebelah, Menteri Besar sendiri ada sebut daripada 8,700 orang, 6,784 yang menghala ke Singapura (bersamaan) 78 peratus (jumlah perentas sempadan).

“Singapura tak rugi, memang dia perlu pekerja kita masuk Singapura. Tapi yang kita perlu adalah pelancong dari Singapura. Sempadan tak buka, mungkin sampai akhir tahun pun tak buka. Tahun depan macam mana? soalnya.

Jimmy menambah, terdapat segelintir penduduk di Johor ke Singapore untuk bekerja namun dengan sekatan oleh negara itu selama tiga bulan.

“Makan minum semua di Singapura. Dulu di Johor Bahru, sekarang di sana. Hakikatnya kita bukan saja hilang pelancong dari Singapura tapi pekerja Malaysia yang biasa balik ke Johor Bahru untuk berbelanja.

“Kehilangan dua lkupulan ini amat memudaratkan ekonomi tempatan di Johor Bahru.

“Maka, pembukaan sempadan mestilah dijadikan keutamaan kerajaan negeri. Lebih lama ia tidak ditangani, lagi teruk ekonomi Johor berbanding negeri lain,” katanya lanjut.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top