BM | EN | 中文

Johor perkenal Tujuh Ikhtiar Makmur Johor bagi memulih ekonomi negeri pasca Covid-19

IMG-20200614-WA0000.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 14 JUN: Kerajaan negeri bakal memperkenalkan inisiatif Tujuh Ikhtiar Makmur Johor sebagai perancangan pemulihan ekonomi negeri pasca penularan pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Johor hanya dapat mendepani dampak Covid-19 jika memiliki daya tahan ekonomi dan pentadbiran yang kuat.

Menurut beliau, ikhtiar tersebut adalah penubuhan Ibrahim Johor Economic Council (IJEC), Johor Digital Masterplan, Pembangunan Segitiga Singapura-Johor-Riau (SIJO-Kepri), Johor Investment Company (JICO) di Singapura, Jajaran Ekonomi Baharu, Bank Makanan Johor dan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030.

Advertisement

“IJEC akan mengumpulkan golongan pakar bagi menyediakan penyelesaian jangka masa pendek dan panjang manakala Johor Digital Masterplan bagi memastikan keupayaan digital negeri ini setanding negara maju.

“Berkenaan SIJO-Kepri, kita akan belajar daripada kesilapan lalu untuk kembali menjayakannya. Kewujudan pejabat JICO di Singapura akan meningkatkan ilmu pentadbiran dan kemahiran kakitangan kerajaan negeri (JCS).

“Pelaksanaan Jajaran Ekonomi Baharu pula akan membangunkan potensi ekonomi sekitar pantai barat melalui projek Kuala Lumpur-Singapura High Speed Rail (HSR). Inisiatif Bank Makanan Johor bertujuan untuk merancakkan eksport produk makanan ke negara luar,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika siaran langsung Amanat Khas Menteri Besar Johor yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

Tambah beliau, ikhtiar ketujuh iaitu Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 yang merangkumkan enam ikhtiar sebagai satu intervensi dan pemerkasaan yang akan digerak dengan kerjasama barisan Exco, agensi dan jabatan berkaitan.

“Kita yakin dapat merealisasikan kesemua ikhtiar tersebut dengan gandingan kekuatan Menteri Persekutuan khususnya yang berasal dari Johor.

Advertisement

“Menteri Luar, Menteri Perpaduan, Menteri Pengangkutan, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kesihatan dan yang utama, Perdana Menteri sendiri merupakan orang Johor. Saya yakin mereka akan membantu negeri ini untuk terus makmur,” ujarnya.

Hasni turut memberitahu, kesemua ikhtiar itu adalah amal bakti pihaknya untuk rakyat negeri ini dan ianya bukan ikhtiar politik mahupun ikhtiar populis.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top