BM | EN | 中文

JOHOR PERKASA GURU PENDIDIKAN AGAMA

IMG-20191127-WA0008.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV: Kerajaan negeri akan melaksanakan rasionalisasi skim guru bagi penambahbaikan perkhidmatan guru Tadika Islam Johor (TAJ).

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Skim DB17, guru sambilan dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) akan ditambahbaik kepada Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19.

“Skim ini melibatkan sebanyak 362 perjawatan yang melibatkan 304 orang penyandang dan tambahan 58 perjawatan baharu.

Advertisement

“Implikasi kewangan bagi skim ini pada tahun 2020 dianggarkan sebanyak RM9.2 juta berbanding RM5.77 juta pada tahun 2019, dengan peningkatan sebanyak RM3.43 juta,” katanya.

Tambah Adun Bukit Kepong itu lagi, seramai 2,090 orang Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan menerima elaun penuh sebanyak RM1,412 sebulan mulai bulan Januari 2020.

“Langkah memperkasakan guru agama ini memberi implikasi kewangan berjumlah RM1.67 juta” katanya ketika memberi ucapan rasmi di Majlis Khatam Al-Quran Tadika Islam Johor kesembilan di sini pagi tadi.

Advertisement

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md Rofiqi A Shamsudin, sebanyak 600 penjawatan DG29 dibuka untuk para pendidik.

“Disamping itu, 96 jawatan baru dibuka dan 40 jawatan sedia ada akan dinaiktarafkan bagu memperkasakan sistem pendidikan negeri Johor,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top