BM | EN | 中文

JOHOR PERKASA GOLONGAN OKU

liow-cai-tung-4-e1568713199316.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 SEPT : Dalam mewujudkan pembangunan ekonomi secara inklusif, golongan orang kelainan upaya (OKU) diharap turut sama diberi perhatian untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung berkata, kerajaan negeri telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi mencungkil potensi golongan OKU agar lebih berdikari.

“Dalam Belanjawan 2018 Negeri Johor, kerajaan negeri telah mewujudkan dasar Johor Prihatin dengan menggariskan beberapa perkara penting berkaitan OKU,

Advertisement

“Antara langkah Johor Prihatin ialah kerajaan negeri mewajibkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil dua orang pekerja golongan OKU mengikut kelayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Latihan dan Promosi (PLP), Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia (KABIM) dan Bantuan Peralatan kepada OKU 2019 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, sehingga tahun lepas, sejumlah 4,906 yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri tergolong dalam masalah pendengaran.

Advertisement

“Manakala, seramai 253 OKU pendengaran  berdaftar di Unit Pembangunan Kurang Upaya kerana kekangan komunikasi,” katanya.

Justeru, katanya, Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia (KABIM) giat dijalankan bagi menghadapi kekangan komunikasi yang menyukarkan golongan ini mendapat khidmat yang disediakan pihak kerajaan.

“KABIM diperkenalkan kepada penjawat awam negeri bagi memantapkan jabatan-jabatan kerajaan dan melahirkan pegawai kerajaan yang lebih prihatin dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top