BM | EN | 中文

Johor negeri tertinggi penurunan jumlah muazin dan noja

masjid-batu-pahat.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

PUTRAJAYA: Johor muncul sebagai negeri yang merekodkan angka penurunan paling tinggi jumlah muazin dan noja yang berkhidmat di masjid di seluruh negara sepanjang tahun ini berbanding rekod pada akhir tahun lepas.

Statistik terkini itu diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menurut laporan Utusan Online.

Johor merekodkan angka penurunan paling tinggi iaitu defisit 127 orang kepada 655 petugas berkenaan daripada seramai 682 muazin dan noja sebelumnya.

Advertisement

Berdasarkan perangkaan seluruh negara yang terbaharu, agensi berkenaan melaporkan sejumlah 13,328 staf itu setakat semalam, berbanding 13,493 staf tersebut yang dicatatkan pada 31 Disember lalu.

Selepas Johor, penurunan tertinggi diikuti Negeri Sembilan yang didapati mencatatkan pengurangan sehingga 17 petugas terbabit kepada hanya seramai 639 orang berbanding sebelumnya itu adalah 657.

Turut berlaku pengurangan bilal dan siak ialah Pulau Pinang yang merosot lima orang kepada 694, Perlis empat orang kepada 437, serta dua negeri masing-masing defisit cuma seorang.

Advertisement

Ia melibatkan Pahang yang kini tinggal 1,555 dan jirannya, Selangor cuma 1,373, serta Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur yang turut merekodkan kurang seorang kepada 190.

Agensi itu tidak menyatakan punca berlaku kemerosotan namun difahamkan ada disebabkan kes meninggal dunia, bersara atau ditamatkan perkhidmatan oleh pihak berkuasa agama.

Bagaimanapun statistik Jakim juga mendapati empat buah negeri pula telah mencatatkan pertambahan muazin dan noja dengan tiga negeri itu berkongsi jumlah sama banyak iaitu 17.

Advertisement

Antaranya ialah Perak yang berjaya meningkatkan petugas terbabit kepada 2,647 berbanding sebelumnya hanya 2,630, sekali gus muncul negeri paling ramai bilal dan siak di Malaysia.

Tidak ketinggalan ialah jirannya, Kedah yang juga mencatatkan pertambahan kepada 1,221 petugas tersebut dan Terengganu dengan kini mempunyai seramai 1,073 staf berkenaan.

Namun, baki tiga negeri dan dua WP pula tidak merekodkan sebarang perubahan sama ada bertambah atau berkurang antaranya ialah Kelantan dengan kekal 1,048 kakitangan terbabit.

Advertisement

Begitu juga dua negeri berjiran, Sabah dan Sarawak masing-masing 579 dan 504, manakala WP Labuan dan Putrajaya turut masih sama bilangannya masing-masing 41 dan sembilan.

Secara umum, muazin bertugas melaungkan azan untuk hebahan masuk masuk solat fardu lima waktu, sementara noja pula lebih kepada tugas pengurusan hal ehwal sesebuah masjid.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top