BM | EN | 中文

JOHOR NEGERI EKSPORT KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA

MATRADE.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OKT: Johor telah menjadi negeri pengeksport kedua terbesar di Malaysia pada tahun lalu, dengan merekodkan jumlah eksport sebanyak RM257.67 billion.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor telah menjadi negeri pengeksport kedua terbesar selepas Pulau Pinang dan mengatasi Selangor.

“Perabot dari Muar merupakan salah satu produk yang berjaya menjadi penyumbang terbesar kepada eksport perabot negara.

Advertisement

“Malah dengan wujudnya Muar Furniture Park kelak, ia dijangka bakal mengukuhkan nama Johor sebagai pengeluar utama perabot Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Eksport Johor 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Beliau berkata selain daripada itu, produk-produk utama yang dieksport dari Johor termasuklah jentera dan kelengkapan pengangkutan, bahan api galian, barang-barang keluaran kilang, bahan kimia, makanan, minyak, lemak binatang serta sayur-sayuran.

Tambahannya lagi, kerancakan aktiviti perdagangan eksport di negeri ini dibantu dengan kewujudan beberapa pintu keluar masuk utama negara seperti Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan Tambak Johor.

Advertisement

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengemaskini maklumat berkaitan dengan perdagangan antarabangsa di kalangan syarikat-syarikat di Malaysia khususnya di negeri Johor.

“Saya ingin menyeru kepada semua syarikat di Johor yang masih belum berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) supaya segera berbuat sedemikian.

“Ini bagi memanfaatkan bukan sahaja insentif berbentuk geran malah pelbagai program anjuran dibawah pembangunan ini,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top