BM | EN | 中文

Johor mampu lakar kejutan di Sukma XX

sheikh-umar-pelancaran-sukma-xx-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OGOS: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali yakin kontinjen Johor, selaku tuan rumah mampu melakar kejutan yang besar pada Sukma XX.

Kata Sheikh ‘Umar, para atlet kontinjen negeri Johor kini berada pada tahap terbaik dengan komitmen tinggi bagi melunaskan misi besar itu selepas kali terakhir pada kedudukan sebagai naib juara keseluruhan pada edisi Sukma 1992.

“Untuk peringkat negeri, kita sedang rancak mempersiapkan diri dari seluruh aspek dan sukan adalah salah satu bidang yang kita mahu mencapai kejayaan.

Advertisement

“Ramai atlet bertaraf dunia sedang dipersiapkan dan sudah pasti ada yang akan menyinar ketika Sukma nanti,” kata Sheikh ‘Umar, yang juga Adun Paloh.

Dalam pada itu katanya, aktiviti bersukan memainkan peranan sebagai pendidik dalam membentuk karakter dan menerapkan nilai murni dalam kehidupan.

Selain itu katanya, melalui temasya ini, potensi dan bakat baru sukan dapat dikenalpasti dan digilap bag mewakili negeri dan negara untuk beraksi dalam kejohanan yang lebih besar pada masa depan.

Advertisement

“Generasi muda adalah tonggak masa hadapan dan Sukma XX adalah landasan terbaik untuk atlet muda mempamerkan aksi mantap untuk menyinar.

“Saya yakin kita akan melihat ramai bakat baharu di dalam pelbagai acara dipertandingkan sepanjang temasya berlangsung,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top