BM | EN | 中文

JOHOR MAHU ZAPIN DIANGKAT KE PERINGKAT ANTARABANGSA

zapin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT: Johor akan menyerahkan satu surat hasrat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk mengangkat tarian zapin ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, usaha untuk mengangkat seni tarian itu akan dimohon melalui Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Katanya, surat berkenaan akan diserahkan kepada wakil Motac pada majlis perasmian Festival Hujung Medini (FHM) 2019, pada 12 Oktober ini.

Advertisement

“Pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengambil masa lima tahun untuk menyediakan dokumen-dokumen lengkap yang mengandungi sejarah asal usul tarian zapin dan sebagainya.

“Ia adalah usaha untuk mengangkat seni tarian warisan negeri ini, sebagai satu sejarah negeri Johor” katanya dalam satu sidang media di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyerahan surat tersebut merupakan salah satu acara yang akan berlangsung di festival tersebut yang akan dianjurkan bermula dari 12 hingga 17 Oktober ini.

Advertisement

Mengulas lebih lanjut mengenai festival tersebut, Adun Semerah itu memberitahu, kerajaan negeri melalui YWJ buat julung kalinya akan mengadakan sebuah program yang menghimpunkan kesemua acara yang beridentitikan negeri Johor.

“Sepanjang FHM ini, antara aktivi menarik termasuklah seminar pemuliharaan bangunan warisan Malaysia, pertandingan jahitan tulang belut, muzikal tari permata ujong tanah, muzik rakyat Johor dan sajian warisan Johor,” katanya.

Tambahnya lagi, program seperti berikut juga bertujuan untuk memartabatkan seni budaya Johor secara menyeluruh dari peringkat akar umbi kepada semua lapisan masyarakat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top