BM | EN | 中文

Johor mahu terlibat dalam JK khas bincang pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

Johor-Malaysia-Singapore-Tambak-Johor.jpeg

Gambar Ehsan SCMP/AFP

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 SEPT: Johor berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat melibatkan wakil daripada kerajaan negeri itu dalam jawatankuasa khas bagi membincangkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata penglibatan wakil itu penting kerana pembukaan sempadan merupakan elemen penting dalam usaha memulihkan ekonomi negeri itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menurutnya pembukaan sempadan tersebut dijangka merancakkan kembali sektor peruncitan dan sektor pelancongan selain bakal menghidupkan semula aktiviti ekonomi di Bandaraya Johor Bahru dan daerah berdekatan.

Advertisement

Setain itu katanya, ia akan turut mengembalikan kepesatan sektor hartanah, yang semestinya lebih rancak khususnya apabila kerajaan Persekutuan melihat semula dasar program Malaysia My Second Home (MM2H).

“Sehubungan itu, saya amat berharap agar kerajaan negeri Johor dilibatkan secara langsung dalam inisiatif pembukaan laluan darat yang melibatkan Tambak Johor dan Linkedua.

“Wakil kerajaan negeri perlu dimasukkan dalam jawatankuasa atau sekretariat bersama bagi melaksanakan inisiatif yang amat penting untuk Johor,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke•14 di Bangunan Sultan Ismail. Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Advertisement

Hasni (BN-Benut) berkata jawatankuasa khas ini, antara lain, akan memperbanyakkan perbincangan komprehensif mengenai pembukaan sempadan Johor-Singapura berdasarkan perkembangan semasa situasi pandemik COVID-19.

Menurutnya, perkara yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara akan turut dibincangkan dalam jawatankuasa itu termasuk pergerakan rentas sempadan.

“Insya-Allah, semoga pergerakan rentas sempadan antara Johor-Singapura boleh diaktifkan kembali dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bersesuaian.

Advertisement

“Dalam keadaan pandemik yang terkawal, kita dapat laksanakan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

“Kemungkinan untuk mewujudkan Daily Commuting Arrangement (DCA) ataupun Gelembung Perjalanan (Travel Bubble) akan turut dibincangkan melalui jawatankuasa khas jelasnya.

Menteri Besar turut memaklumkan Singapura telah menyumbang lebih sembilan juta unit peralatan perubatan seperti ventilator, pelitup muka dan lain-lain kepada Johor atas hubungan erat kedua-dua pihak.

Advertisement

Tambahnya lagi, republik itu melalui Yayasan Temasek dan SMRT Corp telah menyumbang pelbagai peralatan perubatan kepada Johor yang mana kesemuanya sudah diserahkan kepada agensi dan jabatan yang berkaitan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top