BM | EN | 中文

Johor mahu tamatkan kemarau emas karate

karate-1.jpg

Chok Kong Yu dalam sidang media

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 JAN : Persatuan Karate Johor bertekad untuk menamatkan kemarau kutipan pingat emas dalam acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 yang akan berlangsung Julai ini.

Pengerusinya, Chok Kong Yu berkata, hampir sedekad acara sukan Karate tidak menyumbangkan emas kepada kontinjen dari Johor pada Sukma.

Katanya, ia adalah komitmen dari persatuan tersebut bagi membawa nama baik negeri Johor untuk dimartabatkan di negara ini.

Advertisement

“Kita akan menyumbangkan pingat emas pertama selepas hampir sedekad kontinjen negeri ini tidak berjaya dalam usaha untuk perkara tersebut.

“Segala persiapan akan dibuat dan kita akan cuba sedaya upaya untuk mencapai apa yang diharapakna dari pasukan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepad wartawan dalam sidang media di Majlis Penyerahan Jawatankuasa Ad-Hoc Persatuan Karate Negeri Johor di Hotel Ramada Medini, di sini hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Mohd Gadaffie Abd Aziz berkata, setakat hari ini persediaan atlet dalam menghadapi SUKMA amat memberangsangkan.

Mohd Gadaffie Abd Aziz dalam sidang media

“Terdapat bayang-bayang untuk kali ini kutipan pingat emas itu akan berjaya diperolehi oleh atlet dari Karate. Sekitar 70 peratus keyakinan kita dalam mencapai pingat emas itu akan terlaksana.

“Persediaan atlet hari ini ‘on track’ dan sekitar 70 peratus persediaan dari mereka serta dalam bulan April baki 30 peratus itu akan tercapai, namun apa yang kita khuatirkan adalah hari raya nanti kerana selepas raya pastinya cabarannya adalah mengekalkan momentum atlet.

Advertisement

“Cabarannya adalah dalam masa dua bulan sahaja untuk kita kembalikan semula tahap keyakinan, mental dan fizikal atlet. Cabaran ini bukan sahaja berlaku kepada negeri Johor malah berlaku pada semua negeri,” katanya.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top