BM | EN | 中文

JOHOR LANCAR PORTAL DEWAN NEGERI JOHOR DAN SISTEM PENGURUSAN DEWAN NEGERI

WhatsApp-Image-2019-09-09-at-2.48.10-PM.jpeg

ISKANDAR PUTERI, 9 SEPTEMBER: Kerajaan negeri hari ini melancarkan portal Dewan Undangan Negeri Johor dan Sistem Pengurusan Dewan Negeri, yang juga boleh diakses semua lapisan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, portal ini penting bagi urusan perjalanan Dewan Negeri Johor (DUN)  malah dapat memainkan sebagai medium sebaran maklumat yang berkesan selain media massa.

“Saya cukup teruja apabila dimaklumkan bahawa Dewan Negeri Johor telah bersedia ke arah transformasi aplikasi digital untuk jentera pengurusannya, melalui pelancaran portal Dewan Negeri Johor dan Sistem Pengurusan Dewan Negeri.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Dewan tidak lagi menggunakan kaedah lama iaitu secara manual.

“Sebaliknya, urusan Dewan Negeri Johor selepas ini dapat kita laksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Dr Sahruddin berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan majlis Perasmian Penutup Bengkel Memperkasa Dewan Negeri Johor di Fraser Place, Puteri Harbour, di sini.

Beliau yang juga Adun Bukit Kepong berkata, antara ciri-ciri terbaik portal tersebut adalah e-Soal, yang membenarkan setiap wakil rakyat menghantar soalan yang akan dibawa ke dalam sidang DUN di atas talian.

“Maka, komunikasi antara semua wakil rakyat di negeri ini dengan Dewan Negeri Johor menjadi lebih efektif, pantas dan berkesan.

“Semoga segala usaha yang digarap pada hari ini akan lebih memudah dan melancarkan proses pembangunan Johor ke arah lebih sejahtera dan mampan khususnya berkaitan dengan pengurusan dan penambahbaikan Dewan Negeri Johor,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mengulas tentang bengkel tersebut, beliau berkata, penganjurannya merupakan satu inisiatif yang baik dan sangat bertepatan dengan usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan pembaharuan dan perubahan ke arah lebih baik di dalam sistem pengurusan Dewan Negeri Johor.

“Antara objektif yang ingin dicapai dalam konteks pembaharuan ini adalah untuk memastikan setiap Adun memahami serta mampu memainkan peranan dengan berkesan di dalam Dewan Negeri,” katanya.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top