BM | EN | 中文

Johor laksana PKPB, namun tertakluk kemampuan PBT

DSC_7440-scaled.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 4 MEI: Kerajaan negeri menyokong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbarnya baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pelaksanaan PKPB itu bagaimanapun akan dibuat berdasarkan kemampuan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Katanya, pelaksanaan PKPB ini bertujuan untuk menggerakkan semula ekonomi dalam masa sama terus berusaha mendatarkan lengkung jangkitan Covid-19.

Advertisement

“Kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri dalam membincangkan pelaksanaan PKPB seperti diumumkan kerajaan pusat.

“Johor mengambil keputusan untuk bersetuju dan menyokong pelaksanaan PKPB namun ia akan dilaksanakan mengikut keupayaan setiap PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Hasni turut memberitahu, pihaknya akan turut memberi lebih tumpuan kepada soal kawalan sempadan kerana berjiran dengan Singapura dan merupakan laluan perhubungan antarabangsa.

“Walaupun Johor melaksanakan PKPB, namun kemasukan rakyat Malaysia dari Singapura masih perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini dimana mereka akan dikuarantin di pusat yang telah disediakan

“Berhubung kawalan sempadan pula, kita akan memastikan agensi terlibat mempunyai tenaga kerja mencukupi selain beroperasi mengikut SOP ditetapkan.

Advertisement

Tambah beliau, pihaknya juga sedang membangunkan satu aplikasi bernama Jejak Johor bagi tujuan pemantauan ekoran situasi Covid-19 yang akan dimaklumkan dalam waktu terdekat ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top