BM | EN | 中文

Johor laksana Kajian Kesejahteraan Komuniti PPR

Projek-Perumahan-Rakyat-PPR-Bandar-Uda-Utama.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan FB Rumah dan Hartanah JDT di Iskandar Malaysia)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MAC: Kerajaan Johor akan melaksanakan Kajian Kesejahteraan Komuniti Program Perumahan Rakyat-PPR di 13,000 unit PPR di seluruh negeri itu mulai April ini.

Kajian yang bermula April depan dalam usaha membantu meningkatkan kualiti hidup sekali gus mengenal pasti tahap kesihatan, kebersihan, pendapatan, keselamatan serta penglibatan dalam komuniti

Ia dijangka melibatkan 80,000 penduduk dengan peruntukan RM1.5 juta.

Advertisement

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil berkata hasil kajian melibatkan beberapa agensi termasuk pemaju terlibat untuk pelan tindakan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya C di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam.

Rumah jenis teres dua tingkat berkenaan menawarkan 41 unit dengan pecahan kuota 27 unit untuk awam melayu, 10 awam cina dan empat bagi awam india.

Advertisement

Sebanyak 515 pemohon melepasi syarat kelayakan daripada 3,646 permohonan yang diterima.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top