BM | EN | 中文

Johor kubu kuat Umno, tapi PN ada peluang – PAS

umno-BN.jpg

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Walaupun menyedari Johor merupakan kubu kuat Umno, pemimpin PAS bagaimanapun melihat gabungan Perikatan Nasional (PN) masih berpotensi dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata, PN mempunyai peluang memenangi banyak kerusi terutama di kawasan yang memiliki pengundi baru.

Namun jelasnya, ia bergantung kepada perancangan dan gerak kerja PN untuk meraih undi, dan jikla semuanya berjalan lancar, gabungan terbabit diyakini boleh membuat kejutan.

“Dari segi peluang di PRN Johor, macam Melaka juga… cuma kita lihat ada potensi terutama dari segi pengundi baru. Lebih 700,000 dalam senarai pengundi baru di Johor.

“PN bukan menyasarkan semua pengundi muda, cuma mereka antara yang berpotensi kerana kebanyakan mereka tidak terikat dengan parti. Mereka akan mengundi mengikut calon dan isu semasa, jadi potensi banyak di situ.

“Justeru, bergantung kepada pencangan dan gerak kerja. Jika semuanya berjalan dengan baik, mungkin kita (PN) boleh buat kejutan,”katanya, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor selepas dewan undangan negeri (DUN) dibubarkan pada 22 Jan lalu.

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS dan Bersatu turut bersetuju untuk mewujudkan jentera bersama, berbeza daripada apa yang mereka lakukan di Melaka dan Sabah.

“Jika di PRN Melaka sebelum ini, jentera kedua-dua parti adalah berasingan termasuk bilik gerakan. Namun kali ini kita wujudkan jawatankuasa bersama supaya tidak timbul isu penyelarasan,” ujarnya.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top