BM | EN | 中文

JOHOR KOMITED SELESAIKAN MASALAH SETINGGAN

gmbr-fail-mb-johor-sahruddin-jamal-3.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Pendekatan kerajaan negeri tidak membenarkan kewujudan setinggan baharu merupakan komitmen bagi memastikan kehidupan rakyat yang lebih baik, teratur dan terancang.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah setinggan.

“Sehingga kini Kerajaan Negeri Johor telah membina sejumlah 9,095 unit rumah daripada 10 buah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Advertisement

“Daripada 9,095 unit rumah tersebut, sebanyak 8,939 unit telah diisi.

“Manakala masih terdapat 156 unit lagi kekosongan yang akan diuruskan dengan kadar segera”, katanya dalam Ucapan Penggulungan Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14.

Tambah Sahruddin lagi, sebagai langkah ke hadapan menyelesaikan masalah setinggan di negeri Johor, semua Pegawai Daerah akan memperkasakan Mesyuarat Task Force Perumahan dan Setinggan, terutamanya di daerah Johor Bahru.

Advertisement

“Pemerkasaan ini penting kerana Pentadbir Tanah Daerah akan melaporkan status kemajuan pengusiran setinggan di daerah-daerah.

“Malahan dalam mesyuarat ini juga, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melaporkan status kemajuan pembinaan Rumah Mampu Biaya (RMB) serta Program Perumahan Rakyat (PPR),” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top