BM | EN | 中文

JOHOR KOMITED AGIH HASIL KE SETIAP LAPISAN RAKYAT

mb-johor-2.jpg

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV: Kerajaan negeri Johor komited dalam mengagihkan kekayaan secara saksama selain sentiasa prihatin agar tiada lapisan rakyat yang tersisih daripada menikmati manfaat.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ia berdasarkan tujuh teras Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 yang dibentangkan yang diasimilasikan ke dalam teras-teras Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030.

Katanya, pelan pembangunan ini bukan sahaja memberi fokus kepada aspek memacu penelitian pertumbuhan ekonomi yang komprehensif tetapi juga tumpu kepada pembangunan modal insan dan tadbir urus yang cekap.

“Segala aspek melibatkan rakyat merangkumi penyediaan infrastruktur, fizikal mahupun pembangunan sosial di kawasan bandar serta luar bandar juga dititikberatkan dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 yang kini di peringkat akhir,” katanya.

Sahruddin (PH-Bukit Kepong) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasni Mohamad (BN-Benut) tentang bagaimana kerajaan negeri mahu mengintegrasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 semasa persidangan DUN ke-14 di Kota Iskandar, di sini.

Dr Sahruddin berkata kebersamaan serta persefahaman di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menjadi nadi utama kelangsungan pembangunan negeri Johor yang lebih pesat.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan setiap rakyat di negeri ini mendapat perhatian sewajarnya.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada pelaksanaan program-program berimpak tinggi yang dapat memberikan kemampanan ekonomi seperti dalam aspek pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan inovasi,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau yakin dan percaya melalui Pelan Pembangunan Mampan Johor yang juga selari dengan gagasan Wawasan Kemakmuran Bersama itu, rakyat di Johor akan mendapat manfaat demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top