BM | EN | 中文

Johor kekurangan jurubahasa isyarat

IMG-20200216-WA0010.jpg

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Liow Cai Tung bergambar bersama komuniti Persatuan Orang Pekak Negeri Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 FEB: Kesukaran golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran berkomunikasi berikutan kurangnya jurubahasa isyarat menyebabkan mereka sentiasa berdepan masalah terutama ketika berurusan di tempat awam.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, kemungkinan masyarakat umum terlepas pandang masalah yang dihadapi golongan OKU ini.

“Saya berharap masyarakat sedar akan keperluan jurubahasa isyarat ini bagi membantu OKU pendengaran menjalani urusan harian mereka.

Advertisement

“Setakat ini, ahli Persatuan Orang Pekak Negeri Johor seramai 1200 orang namun di sini hanya terdapat seorang sahaja jurubahasa isyarat,” katanya.

Tambah ADUN Johor Jaya ini lagi, pada 2019, seramai 40 orang telah menjalani kursus bahasa isyarat bagi memantapkan lagi capaian kerajaan negeri terhadap golongan ini.

“Bagi tahun 2020 pula, program kursus asas bahasa isyarat akan diteruskan menerusi Bajet 2020 yang diumum Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Advertisement

“Dengan kesempatan ini, saya berharap orang awam dapat mengambil peluang untuk mengikuti kursus tersebut agar dapat memudahkan OKU pendengaran menjalani urusan mereka,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top