BM | EN | 中文

Johor kekal tempoh operasi Bazar Aidilfitri, berakhir jam 12 malam terakhir Ramadan

Bazar-Ramadan-Johor.jpg

Salah satu Bazar Ramadan di Johor (Gambar Ehsan Facebook)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 APR: Kerajaan Johor akan terus mengekalkan tempoh operasi Bazar Aidilfitri yang dilaksanakan ketika ini sehingga ke malam yang terakhir bagi mengekang penularan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Ayub Jamil berkata tempoh operasi yang dibenarkan ketika ini adalah memadai, cukup untuk membantu peniaga, dan kerajaan tiada cadangan untuk melanjutkannya.

Beliau berkata para peniaga pasti akan membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh operasi terutama menjelang malam raya bagi membolehkan mereka membuat jualan lelong, namun is dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Advertisement

“… mungkin ada yang nak sampai pukul 3.00 pagi, tetapi setakat hari ini, kerajaan negeri memutuskan sampai pukul 12 malam sahaja kerana kita tak nak berlaku kesesakan yang berlebihan sehingga tidak ikut SOP,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Bazar Ramadan di Taman Universiti di sini hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas mengumumkan Bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenar beroperasi hingga pukul 2.00 pagi berbanding 12 tengah malam sebelum ini, berkuat kuasa Sabtu lepas.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top