BM | EN | 中文

“Johor kalau nak ubah kerajaan pun biarlah demi rakyat”

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 14 JUL: Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Sr Dzulkefly Ahmad berkata, sebarang perubahan kerajaan di negeri ini mestilah melibatkan agenda mendahulukan rakyat.

Beliau berkata, tidak ada sebarang rundingan setakat ini ketika ditanya berkenaan ura-ura kerajaan Johor yang mulai goyah susulan kenyataan empat Adun Bersatu mahu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri.

Katanya, agenda utama adalah memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan rakyat di negeri ini yang semakin terhimpit kehidupan mereka.

Advertisement

“Kalau nak tukar kerajaan pun biarlah agendanya adalah demi rakyat. Kita mahu mendahulukan rakyat di negeri ini.

“Kalau untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak kita tidak mahu bersekongkol. Ini bukan soal agenda peribadi, ini soal rakyat.

“Kita nak fokus kepada rakyat, bukan nasib mereka yang berkepentingan. Sebelum ini pun ada juga ura-ura kerajaan negeri nak jatuh tetapi tetap tak jadi kerana ada agenda peribadi yang tersembunyi,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Adun Kota Iskandar itu menjelaskan, sekiranya ada pihak yang benar-benar bersungguh untuk membentuk kerajaan baharu di negeri ini ia perlulah mengikut saluran yang betul.

Tambahnya tidak perlu sehingga memporak-perandakan keadaan sehingga pelbagai sektor terkesan.

“Kalau mereka mahu, perlulah mereka hanya usulkan undi percaya YAB Menteri Besar di dalam sidang Dun nanti. Di situ kita tengok apa yang akan jadi.

Advertisement

“Tapi pastikan fokusnya adalah agenda untuk mendahulukan rakyat bukan sibuk mencaturkan diri mereka itu menjadi MB seterusnya,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan bahawa kerajaan Johor bakal tumbang, jika empat Adun Bersatu menarik sokongan daripada kerajaan PN jika UMNO masih mendesak untuk menukar kerajaan di peringkat Pusat.

Adun Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh berkata, mereka sedia menarik sokongan pada bila-bila masa sekali gus akan mengakibatkan kerajaan PN Johor runtuh.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top