BM | EN | 中文

Johor jangka capai kadar vaksinasi 100 peratus dos kedua Oktober ini

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Kerajaan Johor menjangkakan dapat mencapai kadar vaksinasi 100 peratus bagi satu dos suntikan vaksin COVID-19 pada pertengahan bulan depan manakala 100 peratus bagi dos kedua pada Oktober ini.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad menerusi hantaran di laman Facebook semalam memaklumkan bahawa setakat 18 Ogos, Johor telah mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa iaitu sebanyak 63.6 peratus untuk satu dos manakala 32.1 peratus bagi dos kedua.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan pengurusan kawalan pandemik COVID-19.

Advertisement

‘Insya-AIIah, dengan keupayaan pemberian suntikan sehingga 78,500 sehari, kita mengunjurkan dapat mencapai kadar vaksinasi itu.

“Justeru, saya menyeru semua rakyat Johor dapat terus kekal mematuhi prosedur operasi standard supaya kita berjaya memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini,” katanya menambah pihaknya akan terus berusaha dalam memastikan Johor mampu mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam laman Twitter bertitah bahawa Johor merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah vaksin yang tertinggi.

Advertisement

Namun baginda bertitah, kadar vaksinasi adalah masih rendah berikutan populasi di negeri ini yang tinggi.

‘Walau bagaimanapun saya percaya, kadar vaksinasi kita akan meningkat dalam masa yang terdekat. Saya akan terus pantau dan ‘push’ kerajaan,” titah baginda.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Datuk Mohd Hafiz Ahmad berkata seramai 2,500 individu di lima perkampungan di daerah ini dijangka menerima suntikan dos pertama vaksin dalam masa terdekat menerusi Program Imunisasi Outreach Vaksinasi COVID-19.

Advertisement

Beliau berkata program dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Pejabat Pegawai Daerah Johor Bahru itu bertujuan membantu negeri Johor mencapai imuniti kelompok dewasa.

“Program vaksinasi ini menggunakan bas yang diubah suai bagi memudahkan orang ramai mendapat vaksin terutamanya penduduk di kawasan pedalaman seperti di perkampungan Orang Asli.

“Kita jangka seramai 2,500 orang akan menerima vaksin melalui bas yang telah diubah suai ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan Program Imunisasi Outreach Vaksinasi COVID-19 di Dewan Raya Kampung Sungai Melayu, di sini hari ini.

Advertisement

Sementara itu, beliau berkata program vaksinasi yang berlangsung pada hari ini di Kampung Sungai Melayu melibatkan seramai 570 penerima vaksin dan sebelum ini program berkenaan telah memasuki kawasan Gelang Patah dan Kampung Pok.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top