JOHOR BAHRU, 7 DIS : Seramai 320 pemain golf kanak-kanak dari 27 buah negara akan menyertai Kejohanan Golf Kanak-Kanak 2019 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 20 Disember depan di Tanjung Puteri Golf Resort, di sini.
Menurut Pengasas dan Penganjur Kejohanan itu, B Sukumaran, antara negara lain yang terlibat termasuklah Australia, Bulgaria, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mauritius, Maghribi, New Zealand, Norway dan sebagainya.
“Kejohanan ini merupakan platform untuk memberi pendedahan yang besar serta peluang kepada para peserta mengembangkan bakat di peringkat rantau.
“Ini juga merupakan peluang terbaik untuk anak-anak muda bersaing mengumpul mata World Amateur Ranking Points (WAGR) dan Junior Golf Scoreboard (JGS).
“Ia turut menawarkan lima hadiah utama untuk lapam kategori bagi kanak-kanak lelaki dan tujuh kategori bagi kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Sukumaran lagi, semua pemain pada tahun ini berazam melakukan persembahan terbaik bagi melayakkan diri ke Kejohanan Eropah di Scotland dan Carolina Utara tahun depan.
Untuk makluman, kejohanan ini dianjurkan oleh diperkenalkan oleh US Kids Golf Foundation yang dikendalikan oleh Concept Collobration Sdn Bhd dan disahkan oleh Persatuan Golf Malaysia.
JohorKini