BM | EN | 中文

JOHOR HASRAT KEMBANG SKIM PEMBERIAN AIR PERCUMA

IMG-20191114-WA0037.jpg

 

PONTIAN, 14 NOV : Kerajaan negeri berhasrat untuk perkembangkan program skim air percuma pada masa akan datang, dengan menyasarkan penerima di bawah golongan M40 atau tingkatkan pemberian air kepada 20 kubik meter.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, walau bagaimanapun, perancangan ini adalah bergantung kepada keadaan kewangan negeri.

“Buat masa ini, penerima untuk skim ini adalah mereka di bawah golongan B40 dan pemberian air adalah pada 10 kubik meter.

“Sekiranya, keadaan menjadi lebih baik, tentulah kita akan kembangkan program ini,” katanya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan program penerangan air percuma dan peka B40 di Dewan Hj Salleh, Kampung Sungai Burong, di sini, hari ini.

Jimmy berkata, bagi skim ini, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM22 juta setahun yang memberi manfaat kepada 165,000 pengguna air akaun SAJ Ranhill.

Jimmy (dua, kanan) melihat demonstrasi cara penjimatan air

“Walau bagaimanapun, hampir 20 peratus orang di bawah golongan ini yang layak untuk menjadi penerima tetapi tidak dapat manfaat ini kerana didapati mengamalkan pembaziran air selain tidak berdaftar,” katanya.

Beliau berkata, skim tersebut merupakan salah satu manifesto janji Pakatan Harapan yang telah berjaya dilaksanakan bersama dengan 10 perkara yang lain.

“Saya berasa bangga kerana Johor merupakan negeri pertama yang dapat melaksanakan janji-janji tersebut,” katanya.

Terdahulu di ucapan perasmiannya, beliau berkata, kadar air tanpa hasil (NRW) di negeri Johor adalah pada 23 peratus, iaitu antara yang paling rendah di seluruh Malaysia.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top